Thursday, December 13, 2007

MySEC'07, Penilai Luar & CTLHE07

Syukur alhamdullilah semuanya selamat berjalan tanpa sebarang masalah yang timbul. Masalah2 kecik tu biasa la dan takde apa yang tidak diselesaikan dengan kerjasama semua yang terlibat. MySEC merupakan persidangan anjuran Fakulti selepas menyepi beberapa ketika. Bukan mudah menganjurkan persidangan ini dan tenaga yang terlibat pun tidak kurang hebatnya. Apa yang menggembirakan (selain dari pulang modal dan untung sedikit) ialah apabila peserta berpuas hati dengan penganjuran yang dilakukan. Ada juga peserta yang bertanya mengapa semuanya nampak ok dan tidak kecoh2. Kerjasama dari semua amat mengkagumkan.

Penilai luar, David Ross Jeffery atau nama manja Ross juga telah berjaya membuatkan aku kagum kerana beliau berjaya menyiapkan laporan penilaian sebelum berangkat pulang. Jarang sekali ada penilai yang begitu komited dengan kerjayanya. Sebagai tanda penghargaan, Ross telah dibawa berjalan dari pasar seni, jalan petaling hinggalah ke eye on m'sia. Ross juga berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan melayu. Untung sungguh beliau. Apa pun, sal bertuah kerana mendapat penyelia yang mempunyai pengalaman luas.

Hari ini merupakan hari kedua CTLHE berlangsung. Semalam ialah malam pembukaan yang menyaksikan kehadiran Tok Pa sebagai tetamu kehormat dan Syafinaz sebagai penyanyi jemputan. Jumlah peserta yang hadir adalah melebihi 300 orang dengan 6 sesi selari. Ahli sekatriat adalah lebih ramai dan budget yang diperuntukan adalah lebih banyak. Para peserta kebanyakkannya berpuas hati dengan perjalanan persidangan dan meramalkan adalah amat sukar bagi penganjur yang seterusnya untuk membuat yang lebih baik. Tahniah kepada semua.

Itu merupakan catatan untuk minggu lepas dan minggu ini. Penuh dengan aktiviti dan makan2. Semoga selepas ini dapat berehat sebentar menyiapkan tugas2 yang tertangguh. Selamat malam semua.

6 comments:

MushyWorld522 said...
This comment has been removed by the author.
m2rs said...

Uish, berjanggut tunggu ada update kat blog ni. Siap dah cukur habis pun janggut tu.

Congrats la kpd yg bekerjasama menjayakan MySEC. Hmmm, anjuran fak ek? Ingatkan jabatan. Sian la kpd jabatan lain yang tak dpt nama :D But oh well, a work well done.

Cheers!

iso said...

takpe, ko bukan ada janggut pun :p
cukur je bulu kaki mu itu.. :))

welcome. anjuran fak ler. jabatan kecik sgt. tak dpt nama ke? nnt aku tulis atas banner :))

Sazly Salfarina said...

Betoi tu, aku pon berpuloh kali cukur semua bulu yang ade, baru nak update. Best betol dengar MySEC berjalan dgn lancar. Rugi tak ada kat sana, tapi ape blh buat. Semua tepuk bahu farid, ko mmg pekerja yang cemerlang.

Ross tu mmg gitu, rajin yang teramat. Aku yang takde kene mengene dengan dia pon kene explain ape yg aku buat kat dia. Hohoho... Mamat tu suke betol buat research. Kalau la aku mempunyai semangat seperti dia, takde la aku buat master >3 tahun :-(

m2rs said...

Bulu kaki tak yah cukur a'aa sbb dah cun tak ada bulu, ha ha.

Time master tak ada experience and dunno what to expect la Sazly, tu yg terbabas2 tu. So utk PhD ni ko qadar la, buat dua tahun aje :P

iso said...

hohoho... ko pun cukur jgk ke? aku ingat kt sana sejuk jd dia tak tumbuh langsung :))

tu keja sama semua, sbb tu la berjaya. kalau aku sorang buat, dh lama lingkup ;)

ross bgtau dkt aku dia nk bg meja dkt ko sebelah sal, ko tuntut la dkt dia. satu lg, ko tanya mn gambar2 yg ambik pakai kamera dia. send la dkt aku..

apa? kaki mu tiada bulu? nnt aku tgk ni >:)