Monday, January 28, 2008

Hari Keluarga 2007

Semalam KKS telah mengadakan hari keluarga untuk tahun 2007 di Desa Water Park, KL. Satu taman tema air ala-ala sunway lagoon. Kehadiran macam biasa, ada yang datang sekeluarga, ada yang datang sorang, ada yang datang dengan kawan dan ada yang janji datang tapi tak dapat datang. Semua bergembira di dalam keriangan air yang mencurah-curah. Walaupun tiada makan malam tapi ia tidak bermakna ia tidak meriah. Makanan yang disediakan adalah berpatutan dan cukup untuk mengenyangkan. Kuih pau Kgee pun tidak kurang enaknya.

Banyak aktivit disediakan untuk kanak dan ahli fakulti. Sewaktu aktiviti kanak berlangsung, aku telah mengambil kesempatan untuk berjalan di dalam terusan air. Terusan ini ada la dalam 1 km dan dalam bentuk bulatan. Jika tidak berjalan, menaiki pelampung pun boleh. Tolakan air dapat membuatkan kita mengelilingi bulatan tersebut. Terdapat juga satu kawasan air mencurah seperti air terjun. Sedap berada dibawah air yang mencurah. Dapat mengurut belakang yang sengal-sengal. KA telah menemani aku untuk berpusing-pusing dibulatan tersebut sambil mencari barang tersembunyi.

Penat mencari-cari kita org telah berkumpul semula ditempat permainan sedang dijalankan. Nampaknya kitaorg telah dipanggil untuk mencukupkan korum di dalam permainan menyeberang kolam menggunakan tali. Sungguh menarik kerana pada pertama kali aku dan KA mencuba, kitaorg telah jatuh dengan jayanya. Nasib baik dapat lepas jgk masa permainan tp team yg aku sertai tu kalah sbb diambik masa kumpulan menyeberang. Yg paling best ialah sampai sekarang tangan aku sakit dan tak bole angkat tinggi-tinggi. Moral disini ialah buat dulu warming up.

Aku tak tunggu lama sbb ada kenduri kat putrajaya tengahari tu. Lps je main seberang kolam, aku trus chow balik. Dengar dari cerita mereka yang tinggal, banyak lagi aktiviti yang sungguh memberangsangkan. Gembira sungguh mereka bercerita. Pada kali ini juga cabutan hadiah telah dibuat. Semua telah dipanggil maka tiada siapa yang pulang tangan kosong. Menarik bukan.

Itu lah serba sedikit kisah hari keluarga 2007. Jika ingin maklumat lanjut, tanya lah pada meraka yang tinggal lebih lama disitu. Selamat malam.

2 comments:

Sazly Salfarina said...

wow, tahun ni merupakan kali terakhir ko datang sorang untuk hari keluarga. Tahun depan punya HK, ko dah berkeluarga betul... hahaha, tahniah tahniah.
Ko dah boleh berenang tak? jangan lemas di air cetek lagi udah ler, jenuh nak selamtkan

Anonymous said...

btul2... tp tgk jgk nnt buat kt mana. kalau mahal yuran masuk, aku dtg sorang je la :))

tq2, tuah azri tu. harap aku takde la.

aku tak berenang tp spec aku yg berenang. smp skrg tak naik2 lagi. sape2 ada jumpa dia, contact la aku...