Monday, March 10, 2008

Warkah Buat EON

Kepada Abang Nabil yang dicintai,

Assalamualaikum. Abang, ketika abang membaca tulisan ini, saya tidak pasti dimanakah abang berada. Sudah lama kita tidak berbicara dan bertemu, kemana menghilangnya abang? Sihatkah abang disana? Terjagakah kehidupan abang? Saya senantiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian abang dimana jua abang berada.

Masih ingatkah lagi soalan abang tempoh hari? Soalan yang membuatkan ramai tertanya-tanya apakah jawapan sebenarnya. Walaupun tidak mengerti tujuan abang berbuat demikian, saya rela menerimanya dengan hati terbuka. Keluh kesah saya dibuatnya memikirkan apakah kewajaran tindakan tersebut. Puas saya mencari apakah jawapan sebenarnya. Kesegenap ruang telah saya selongkar dan bongkar untuk mencari secebis harapan.

Abang, saya tidak pasti apakah jawapan yang saya berikan ini cukup memadai untuk menjawab segala pertanyaan yang abang berikan. Abang adalah hakim yang menentukan segalanya dan saya hanyalah peneka didalam kesamaran. Jika abang merasakan betul, maka betullah jawapannya. Dan jika abang berkata tidak, tiada daya lain yang saya dapat usahakan. Tentang ganjaran yang abang janjikan dulu, saya terima seadanya. Mungkin abang mempunyai ganjaran lain yang setimpal dengan usaha saya. Saya rela.

Akhir kata, jika kita bersua lagi, semoga abang memberikan keputusan kepada jawapan yang dihulurkan saya. Cukuplah dengan mengangguk tanda setuju atau menggeleng tanda tidak. Semoga abang dapat membuat keputusan yang tepat lagi adil. Saya akan senantiasa menunggu abang disini.

Salam sayang,
ISo



*nota kaki: sila baca dlm keadaan sayu kerana biskut yg dijanjikan oleh EON telah habis dimakan dan bakal diganti dengan iso god of war. Kepada mereka yg berminat dgn game ini, sila ganggu eon...wakakaka...

8 comments:

autumn lutonski said...

wah... jiwang abis surat ni...

btw, kat mana ek poster nih? aku still x jumpa... tp x la tercari2 sgt hehe

m2rs said...

Alahai Iso...lemau aku rasa baca warkah tu

iso said...

to noris:

jiwang ke? takde la.. ;;)

kt jusco midvalley. dkt dgn surau dia :D

to mrs:

lemau? ni mesti tutup tin tak rapat ni. kena tutup rapat2 lain kali >:)

EyesOfNabil said...

ahaha..tu la..entry jawapan ko tu lewat setelah aku masukkan entry baru...nasib baik ada hadiah konsolasi...minggu ni aku tak dtg fakulti sebab balik kg ^_^

p/s: amboi2..lepas kawin terus kuar lawak orang kawin ^_^

curX said...

wakakakaka...
(ketawa atas lantai berguling2)

Lia Sakinah said...

iso, baru ku tahu ko ada blog...hihihi... btw, warkah buat isteri tersayang x ada ke? hehe

iso said...

to eon:

mn ada lawak org kawin.. lawak biasa je tu.. ke ko yg bc bunyi lain? hmm...

to curx:

guling2 mcm tenggiling :))

to lia:

aku low profile, mls heboh2 ni.
warkah utk isteri takde, sms ada la...

EyesOfNabil said...

ya betul..warkah utk isteri...utk isteri je la baca...kalau share dgn org lain dah tak jadi special dah ^_^