Friday, May 23, 2008

Berakhir Satu Era

Mungkin kita semua pernah dengar tentang pepatah, "Berhenti sebelum kenyang. Makan sebelum lapar" atau "Masa dikemuncaklah kita patut turun, sebelum kita diturunkan". Kalau ikut perkiraan aku, tahun ni merupakan tahun ke 5 aku dapat menjadi ketua pengawas peperiksaan ipts. Dah banyak tempat aku berjalan, dari terengganu, kedah, pahang, labuan, melaka, johor, sarawak dan sepang. Banyak pengalaman yang aku kutip semasa membuat tugasan ni. Kali pertama aku naik kapal terbang ialah semasa aku menjaga diterengganu. Pertama kali aku pergi ke borneo ialah semasa aku ke kuching. Pertama kali aku ke luar negara, singapura ialah semasa ke johor bharu. Dan pertama kali aku naik feri (bot penumpang ramai) ialah semasa aku ke brunei. Macam2 kenangan pahit manis yang aku dh lalui. Kena tinggal kapal terbang dan feri, mandi kolam ari panas dgn rakan2, bukak puasa depan laut (pantai teluk chempedak), makan sea food kedai cina dan lain2. Puas rasanya.

Tahun ni merupakan kali terakhir aku menjadi ketua pengawas sebab aku akan sambung phd pada bulan julai. Oleh kerana dah merasa hampir kesemua tempat maka kali ini aku memilih untuk pergi ke KTC. Dekat dan mudah (aku silap pilih sbb ingat dia lg dekat dr KPTM KL). Boleh dikatakan semua berjalan dengan lancar tiada masalah. Kalau ada pun aku tak tulis kat sini (wargh 3x). Mula2 aku ingat aku akan tinggal satu kertas exam tp semuanya Ok (dulu jd kt melaka, nasib baik helmi bwk dtg). Rupa2 nya dugaan lain yang lebih kuat mencabar aku. Sedikit sebanyak mencabar kredibiliti yg aku ada. Siapa sangka, dalam byk2 exam, seorg student telah membuat onar sewaktu peperiksaan (kesalahan tidak nyatakan kerana ia masih di dalam siasatan). Pensyarah yang membuat soalan telah berjaya mengesan onar tersebut dan melaporkannya pada PPL.

Semalam PPL telah menelefon aku kerana ingin bertanya jika terdapat sebarang keganjilan sewaktu aku menjaga peperiksaan. Aku dengan tegasnya menyatakan tiada sebarang masalah yang berlaku. Beliau kemudian menerangkan apa yang terjadi dan meminta aku hari pada pagi ini untuk menerangkan keadaan semasa peperiksaan tersebut berlangsung. Pening aku memikirkan bagaimana masalah ini terjadi dan kenapa ia terjadi. Apakah hujah2 yang aku boleh berikan jika ditanya dengan soalan2 yang menikam kalbu. Aku telah merujuk kepada Pn Zaiton dan beliau memberikan sedikit nasihat. Lega mendengar nasihat daripada seseorang yang berpengalaman. Nak cari PM dia keluar ke bengkel, nak jumpa orang lain, aku tak yakin diorg dapat bantu. Syukur la dia ada.

Pagi ni, aku, pensyarah subjek, pensyarah ipts, wakil-wakil kolej, pengarah ppl dan penyelaras ipts telah bertemu untuk memberikan cerita2 kami. Ada rumusan yang telah diambil dan aku telah diminta untuk menulis laporan berkaitan perjalanan peperiksaan. Oh, aku baru saja mendapat maklumat berkaitan dengan kenyataan pensyarah ipts. Nmpknya aku yg bersalah. Tahniah kerana skrg aku mesti mencari uni lain untuk bekerja. Nasib2....

7 comments:

Sazly Salfarina said...

Farid, kenape... Kenapa kau yang bersalah? Apa kesalahan yang telah kau buat?

Aku pun sentiasa terbayang saat-saat indah, berbuka puasa di tepi pantai, main pool tgh malam, bersahur sama-sama, mandi swimming pool bulan puasa, mandi sauna... hehehe... basah masa bangun tido dgn lan, hahaha... sapa boleh lupe semua tu. Sapa lagi kawan baik aku kalau bukan korang..

tapi... ape yang dah berlaku. Kenapa kau yang harus dipersalahkan???

iso said...

Aku bersalah kerana lagu to'ki - aku yg bersalah, janji tak ku ....

ko lupa kita bukak puasa dlm keta? mkn kedai mamak kena sampai rm120++? hehehe... mcm2 ada.

EyesOfNabil said...

tu la sebab tutor tak digalakkan jaga peksa...sbb tutor senang sikit jadik kambing itam, oren kelabu hatta transparent sekalipun...

dr mahadey dah suruh berundur maka undur lah...eh ape la aku merepek ni...

oh ye pulau batu putih sudah kini menjadi milik singapura...sekian berita

iso said...

ye, skrg aku faham tindakan abe dulu. murni sungguh niat dia. huhuhu...

aku undur la ni, lps ni tak terlibat dh. bak kata che det, "Saya takkan join balik ppl selagi dia tak turun".

pulau mmg singapura, laut kita punya. Mcm mn tu?

Jawa Troxion 2 said...

apa kah kisah nye sampe begini. kok itu PPL takkan la tarus leh amik tindakan gitu... sedangkan kau selama ni pon takde la buat slek.

hmmm....

ni ada kaitan ngan pucuk pimpinan PPL? ke pucuk pimpinan mana pulak?

aku yg tak fahaammm

Oyis said...

kenapa ngko harus berahsia ni farid? cerita kan la apa yg berlaku

curX said...

rumit nih?

hmm.. o_O