Monday, April 21, 2008

21 Apr 2008

Wah, dah lama nampaknya aku tidak update blog ni. Kesibukan tetap ada walaupun tiada kerja yang diamanahkan pada aku. Sekarang ni dah masuk minggu ke 3 dan presentation student projek bermula pada hari rabu ini. Kali ni aku tak terlibat langsung dalam acara projek tahun akhir dan hanya memerhati dari luar. Rasanya ramai jugak pelajar yang terlibat, dalam 70 orang pelajar. Kali ni presentation dibuat dalam 3 hari di 3 makmal. Lain setting kali ni dengan setting yang aku buat dulu. Takpe, masa berubah dan orang yang handle pun berubah. Tiada yang akan sama dan kita mesti menerima seadanya. Mungkin perubahan kali ni adalah lebih baik yang dulu.

Tadi masa aku baru sampai ke fac, kak haida call dan bagi tau dr azim cari aku. Takut jugak aku sebab tetiba je dr azim cari aku. Apa mimpi dia semalam agaknya? Rupa-rupanya dia nak aku ganti dia pegi ke seminar soft architec di legend KL. Dia sakit belakang sebab main badminton dengan penuh semangat. Ni mesti gara-gara kejohanan badminton dekat johot. Takpe la, yang penting aku dapat pegi seminar. Memang aku nak pegi tapi disebabkan kena bayar dulu, maka aku pun slow2 skit. Mana la tau tak dpt claim balik, naya dibuatnya. Syukur la dapat pegi. Kiranya esok dan lusa aku akan tiada dipejabat. Bole la sambil seminar jalan2. Untung2. Nk join? Jumpa aku disana.

Ng baru je email pagi tadi (mungkin jugak smlm tp pagi tadi baru je aku bukak) yang dia dah pegi Manchester. Bagus la dia dh pegi. Semoga dia berjaya. Aku? Mungkin disini dengan dr azim sbg mentor ku. Patut la dia suruh aku pegi esok ni (hahaha). Kepada kawan-kawan yang sudah berada diluar sana, rajin-rajin belajar dan jangan sampai aku habis dulu sblm korang (riak2). Noris, et dan pak lah akan pegi jgk tak lama lagi. Mesti skrg ni diorg tgh sibuk siapkan diri. Selain dari ramai yg pegi, ramai jgk yg bakal balik. Yg dh balik pun ramai jgk. Meriah la fac ni nnt. Berebut parking yg sikit tu.

Hohoho, tak abis lagi meeting LMS aku ni. Mkn free ler aku hari ni. Mkn tengahari dh sampai dan baunya harum semerbak. Cepat la habis ye... hehehe... Ok ler. Sampai sini dulu. Kalau rajin nanti aku tulis lagi.

2 comments:

noris said...

lama sungguh x dgr citer dari ko...

Alfian_Troxion said...

mentor menti mentu...

sib baik bukan mentua :D