Sunday, March 30, 2008

Superhero in you

1- Apa superpower idaman anda? Choose only one.

Keluang Man

2- Siapa superhero/watak yang mempengaruhi pilihan itu?

Superman

3- Kenapa superpower yang itu?

Made in Malaysia

4- Apakah kelemahan kamu? We're never b perfect right?

Tidak serius.

5- Apakah nama superhero kamu?

Err... tunggu peminat la bg nama

6- Motto superhero kamu pula?

Ketawa adalah ubat kepada segala penyakit

Survey SUPERHERO ni akan ditag kpd :
1-Curx - dulu dia pernah terjun basikal untuk tiru Six Million Dolar Man
2-Sazly - bg dia mengisi masa lapang selain jln2 tgk tmpt org

Monday, March 10, 2008

Warkah Buat EON

Kepada Abang Nabil yang dicintai,

Assalamualaikum. Abang, ketika abang membaca tulisan ini, saya tidak pasti dimanakah abang berada. Sudah lama kita tidak berbicara dan bertemu, kemana menghilangnya abang? Sihatkah abang disana? Terjagakah kehidupan abang? Saya senantiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian abang dimana jua abang berada.

Masih ingatkah lagi soalan abang tempoh hari? Soalan yang membuatkan ramai tertanya-tanya apakah jawapan sebenarnya. Walaupun tidak mengerti tujuan abang berbuat demikian, saya rela menerimanya dengan hati terbuka. Keluh kesah saya dibuatnya memikirkan apakah kewajaran tindakan tersebut. Puas saya mencari apakah jawapan sebenarnya. Kesegenap ruang telah saya selongkar dan bongkar untuk mencari secebis harapan.

Abang, saya tidak pasti apakah jawapan yang saya berikan ini cukup memadai untuk menjawab segala pertanyaan yang abang berikan. Abang adalah hakim yang menentukan segalanya dan saya hanyalah peneka didalam kesamaran. Jika abang merasakan betul, maka betullah jawapannya. Dan jika abang berkata tidak, tiada daya lain yang saya dapat usahakan. Tentang ganjaran yang abang janjikan dulu, saya terima seadanya. Mungkin abang mempunyai ganjaran lain yang setimpal dengan usaha saya. Saya rela.

Akhir kata, jika kita bersua lagi, semoga abang memberikan keputusan kepada jawapan yang dihulurkan saya. Cukuplah dengan mengangguk tanda setuju atau menggeleng tanda tidak. Semoga abang dapat membuat keputusan yang tepat lagi adil. Saya akan senantiasa menunggu abang disini.

Salam sayang,
ISo



*nota kaki: sila baca dlm keadaan sayu kerana biskut yg dijanjikan oleh EON telah habis dimakan dan bakal diganti dengan iso god of war. Kepada mereka yg berminat dgn game ini, sila ganggu eon...wakakaka...