Tuesday, November 18, 2008

Random Pictures

Aku ambik gambar ni 2 minggu lepas. VC AUT datang dan mendengar kutbah jumaat. Sebelum tu dia sempat bg ucapan dan antara intipatinya ialah dia akan sediakan surau baru yang lebih besar dan selesa.

Sekarang ni solat jumaat dibuat 2 kali (jgn tanya aku mazhab mana) pada pukul 1.30 dan 2.30 pm. Dua2 time ni tempat full dengan jemaah. Aku pun solat dekat luar je sambil disirami matahari dan udara sejuk.

Sini kalau lambat datang, alamat sesi kedua la jumaat. Nk lambat2 mcm dulu dah tak bole. Terkenang masa berlari pegi jumaat dengan MO. Orang dh takbir baru sampai, tu belum ambik air semayang tu... hehehe...





Batu ni terletak didepan gedung beli belah warehouse. Sebenarnya batu ni ada api dekat atas sambil keluar air mencurah-curah. Time aku ambik gambar ni, api dia tetiba padam. Aku rasa sebab dah pukul 6 pm dan diorg tutup gas :))

Inilah batu yang aku namakan Batu Api Berair Terjun. Terima kasih











Ni gambar pak cik einstein yang duduk dengan penuh macho. Gambar ni ada dekat depan lif pejabat fizik. Korang bole nampak bayang aku dalam gambar tengah ambik gambar.

Kenapa aku ambik gambar ni? Sbb quote kat tepi tu:

"Gravitation
cannot
be held
responsible
for people
falling
in love"

Ayat ni jelas menunjukkan yang hukum alam tiada kaitan dengan hati dan perasaan/perasan.

8 comments:

Az Azrinudin Alidin said...

bukan masa berlari nak pegi semayang tu yg best..time balik tu..hehe

suezety said...

x bley tahan dek non nama batu yg ko bg tu farid.. adoilahai!!! wakakakakaka.. psstt! congrats! jaga sayang i bebaik tau.. rindu sgt ngan dia

&137 4P15 said...

ingatkan ada entiti (pinjam seekers pnya ayat) kat gambar einstein tu rupanya gambo ko pla hehehehhe.

Sazly Salfarina said...

2 kali, korang punye dewan semayang tu kecik ke? Aku tgk cam sempit je. Waaa... dah rajin la ko dengar khutbah ek. Aku cam biasala, asal khutbah je tido. Harammm... heran aku...

Waaaa... Padang barat ek. Sini pun ade padang barat. Kol 6 bukan sume kedai dah tutup ke?

Anonymous said...

to azri:

kt msia je bole buat mcm tu, kt sini alamat zohor je laaa...

to suzi:

hehehe... baiklah!

to mdh:

aku ler entiti tu :D kt sini bangunan lama takde hantu. kalau ada pun org putih punya, aku takut hantu melayu jer...

to sazly:

sempit la jgk kalau jumaat. waktu lain luas. nk tido menda kena sinar cahaya, menusuk ke kulit tu.

padang barat sana yg dtg sini. byk barang sini dr australia. halal guide pun pakai yg sana :))

Ahmad Javanese said...

aku ingat dia datang dengar kutbah pasal dia masuk Islam. hehehe. tp takpe. nanti ko dakwah dia farid :D

S Jumaat 2 kali? hehehe. Maybe buleh la kot pasal dah takde tempat, kot? Kena tanya Imam Sazly ni. hehehe.

Saiful Ramadzan said...

nape snap gambo org tgh bangun tue? hik2

Anonymous said...

to alpian:

hehehe, dia dtg sbb dia nk tau knp ramai org dgr khutbah imam ni. sampai kena buat 2 sesi tu.. insyaallah pian :D

aku go with the flow jer, kalau dia buat 3 kali pun ok gak... hehehe..

to sepul:

org tu bangun sbb nk ambik lapik plastik buat sejadah kt luar.