
Aku ambik gambar ni 2 minggu lepas. VC AUT datang dan mendengar kutbah jumaat. Sebelum tu dia sempat bg ucapan dan antara intipatinya ialah dia akan sediakan surau baru yang lebih besar dan selesa.
Sekarang ni solat jumaat dibuat 2 kali (jgn tanya aku mazhab mana) pada pukul 1.30 dan 2.30 pm. Dua2 time ni tempat full dengan jemaah. Aku pun solat dekat luar je sambil disirami matahari dan udara sejuk.
Sini kalau lambat datang, alamat sesi kedua la jumaat. Nk lambat2 mcm dulu dah tak bole. Terkenang masa berlari pegi jumaat dengan MO. Orang dh takbir baru sampai, tu belum ambik air semayang tu... hehehe...

Batu ni terletak didepan gedung beli belah warehouse. Sebenarnya batu ni ada api dekat atas sambil keluar air mencurah-curah. Time aku ambik gambar ni, api dia tetiba padam. Aku rasa sebab dah pukul 6 pm dan diorg tutup gas :))
Inilah batu yang aku namakan Batu Api Berair Terjun. Terima kasih

Ni gambar pak cik einstein yang duduk dengan penuh macho. Gambar ni ada dekat depan lif pejabat fizik. Korang bole nampak bayang aku dalam gambar tengah ambik gambar.
Kenapa aku ambik gambar ni? Sbb quote kat tepi tu:
"Gravitation cannotbe heldresponsiblefor peoplefallingin love"Ayat ni jelas menunjukkan yang hukum alam tiada kaitan dengan hati dan perasaan/perasan.